Fatwa politik Muhyiddin berbahaya, boleh membenihkan ekstremisme!

Johor Bahru: Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali, menyifatkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan ‘haram’ mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat sebagai melampau dan amat jahat.

Beliau percaya, implikasi kenyataan bekas Perdana Menteri itu sebagai sangat berbahaya, malah boleh membenihkan ekstremisme dalam negara.

Bagaimanapun, katanya, ia bukan sesuatu yang pelik bagi Muhyiddin kerana Pengerusi Perikatan nasional (PN) itu pernah melabelkan PAS sebagai ‘Parti Ajaran Sesat’ suatu ketika dulu.



Apa pun, beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Johor bimbang politik melabel ‘halal’ dan ‘haram’ berisiko menyemarakkan budaya ‘takfiri’ sedangkan politik ialah soal ijtihadi.

“Jika dari segi logik mengundi calon selain PN adalah ‘haram’, maka apakah pengundi yang mengundi PH dan Barisan Nasional (BN) telah melakukan dosa?

“Implikasi tuduhan dibuat Muhyiddin sangat berbahaya. Ia boleh membenihkan ekstremisme dalam negara kita dan membantutkan perpaduan rakyat, meruntuhkan demokrasi dan menggugat kekuatan ekonomi Malaysia.

“Selain itu, kenyataan dikeluarkan juga bercanggah titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu rakyat negara ini tidak menjadikan isu agama sebagai bahan polemik yang boleh menjolok perbalahan politik.



“Saya berharap, PN berpolitiklah dengan mengemukakan tawaran dasar dan dasar yang baik untuk rakyat. Itu yang lebih diperlukan untuk Malaysia maju ke hadapan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin dilapor mengeluarkan ‘fatwa’ haram mengundi Suhaizan dan melarang pengundi di kawasan Parlimen Pulai mengundi calon itu pada pilihan Raya Keciul (PRK) Sabtu ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta



Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker