Ketua Pemuda PAS ketuai Pemuda PN · MYKMU.NET

Ketua Pemuda PAS ketuai Pemuda PN

Share

PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khiruddin dilantik sebagai ketua Pemuda Perikatan Nasional, kata Ketua Pemuda PPBM, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Wan Ahmad Fayhsal dalam ucapan tahniah kepada Khairil di Facebook hari ini berkata Pemuda PPBM akan beri kerjasama penuh kepada agenda pemerkasaan anak muda bawah kepimpinannya.

“Semoga sayap Pemuda PN terus gah bawah teraju Khairil,” kata poster yang dimuatnaik di FB.

Khairil dilantik sebagai ketua Pemuda PAS pada Jun 2019. Penggalnya akan tamat pada 2021.

PPBM, PAS, parti Sabah sokong Belanjawan 2021 di sebalik kritikan, BN gesa pindaan

Leave a Reply