PPBM, PAS, parti Sabah sokong Belanjawan 2021 di sebalik kritikan, BN gesa pindaan

KUALA LUMPUR: Empat parti dalam Perikatan Nasional, iaitu PPBM, PAS, Parti Solidariti Tanah Airku, dan Parti Maju Sabah hari ini mengumumkan mereka menyokong penuh Belanjawan 2021 yang dibentang Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz pada Jumaat, di sebalik kritikan terhadap beberapa perkara termasuk peruntukan Jabatan Hal Ehwal Khas ketika rakyat berdepan krisis.

Dalam kenyataan yang mengandungi nama Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin; Presiden PAS, Hadi Awang; Presiden STAR, Jeffrey Kitingan; dan Presiden Parti Maju Sabah, Yong Teck Lee, keempat-empat parti itu mengangkat belanjawan kontroversi RM322.5 bilion itu sebagai “manifestasi komitmen serta keprihatinan kerajaan PN dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat”.

Ia menarik perhatian kepada lebih RM4.2 bilion untuk mengurangkan beban rakyat, lebih RM4 bilion kepada barisan depan dalam memerangi Covid-19, dan RM3 bilion untuk menjana 500,000 pekerjaan.

Belanjawan 2021 juga kesimbangan 4 pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi sebelum ini yang bernilai RM305 bilion keseluruhannya.

“Amatlah wajar agar semua pihak mendokong titah Yang di-Pertuan Agong agar mengutamakan rakyat dalam tempoh yang amat mencabar buat negara,” kata mereka.

“Gandingan bahu setiap pihak amatlah penting bagi mengekalkan momentum pemulihan ekonomi demi kesejahteraan bersama.”

Ketua Pemuda PAS ketuai Pemuda PN

Lain halnya pula bagi Barisan Nasional, penyokong pentadbiran semasa, yang mahu pindaan diibuat terutama untuk memasukkan 2 tuntutan utama iaitu lanjutan moratorium ke atas pembayaran pinjaman bank selama 6 bulan secara automatik, dan membenarkan pengeluaran RM10,000 daripada caruman KWSP secara sekali beri.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Najib Razak, ketika membahaskan Belanjawan 2021 hari ini berkata sokongan Barisan Nasional kepada belanjawan itu tertakluk kepada pindaan dibuat.

“Sokongan kita kepada bajet ini bersyarat,” kata ahli Parlimen Pekan itu.

Terdahulu, bekas perdana menteri ini dalam ucapannya berkata Malaysia perlukan belanjawan “perang” yang berani, inklusif, dan memberi inspirasi kepada rakyat menghadapi “situasi yang amat menggerunkan ketika ini”.

Belanjawan 2021: Penentuan nasib rakyat dan Muhyiddin

Antara tegurannya, beliau tidak menerima cadangan membenarkan pencarum mengeluarkan wang sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan daripada simpanan KWSP, menyifatkan cadangan pengeluaran RM10,000 secara sekali beri lebih perlu untuk membolehkan pemohon menyelesaikan tunggakan hutang seperti bil utiliti, sewa rumah, insurans, dan keperluan anak-anak.

Langkah tidak memanjangkan moratorium kepada M40 turut dikritik, tertanya adakah kerajaan tunggu golongan itu menjadi B40 “baru diberi moratorium”.

Beliau juga membidas kenaikan peruntukan bagi Jasa, mengatakan ia mengundang kemarahan dan ketika krisis, peruntukan lebih diperlukan untuk selamatkan rakyat.

Malaysia perlu belanjawan ‘perang’ berani, inklusif, memberi inspirasi, kata Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker