Loket emas, barang kemas lama era Ratu Victoria ditemukan di Lipis

Loket emas, barang kemas lama era Ratu Victoria ditemukan di Lipis

Artifak berupa barang kemas lama, duit syiling dan keris ditemukan seorang penduduk Kampung Budu di Sungai Rengai di Lipis baru-baru ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penduduk terbabit, Abdul Rahman Bakar, 60, berkata, dia menjumpai empat subang emas, dua gelang emas, satu loket, empat gigi palsu tembaga secara tidak sengaja ketika sedang melepaskan mata kail yang tersangkut di akar pokok semasa memancing sungai berkenaan.



Barang kemas itu dipercayai terbenam dalam lumpur sejak puluhan tahun di lokasi yang menjadi tempat ramai penduduk sekitar memancing kerana masih banyak ikan eksotik yang menjadi kegemaran orang ramai di situ.

“Ketika mencari punca kail tersangkut di tanah berlumpur, saya terpegang objek keras yang dikenal pasti barang kemas dipercayai kepunyaan wanita Inggeris pada abad ke-18.

“Beberapa barang kemas itu sudah dijual kepada seorang peniaga di Lipis. Hanya tinggal sekeping loket yang agak istimewa sebagai koleksi keluarga,” katanya di sini semalam.

Abdul Rahman berkata, loket itu bertarikh 1934 memaparkan wajah Queen Victoria di muka depan manakala di muka belakang gambar burung kuang spesies merak. Utusan



Loket emas, barang kemas lama era Ratu Victoria ditemukan di Lipis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai



Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?

Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’



Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker