UMNO bincang usul 143 bahagian tolak kerjasama dengan PPBM pada Rabu


Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan membincangkan usul penenolak kerjasama dengan PPBM yang diputuskan 143 daripada 191 bahagian pada Rabu ini.

Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi berkata, penolakan kerjasama itu pada awalnya dibuat melalui satu kajian dalam kumpulan WhatsApp ketua UMNO bahagian seluruh negara.

Katanya, hasil kajian awal itu menunjukkan 143 bahagian UMNO tidak mahu bekerjasama dengan PPBM pada pilihan raya umum akan datang.

“Sebagai presiden, saya hormati keputusan 143 bahagian itu yang kemudian akan menyatakannya melalui usul rasmi (mesyuarat bahagian masing-masing),” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bagan Datuk.

Sebahagian besar daripada 13 bahagian UMNO Pulau Pinang menolak tolak ansur dengan PPBM, dan bertegas akan mempertahankan kerusi dimenangi “pengkhianat” parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua UMNO Pulau Pinang, Musa Sheikh Fadzir, dilapor Berita Harian sebagai berkata keputusan itu hasil usul yang dibentangkan dalam mesyuarat perwakilan bahagian hari ini.

Katanya, UMNO negeri itu hanya mahu bekerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional dan mengadakan rundingan mengenai pembahagian kerusi untuk PRU-15.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker