Lelaki ditembak di Machang ada 12 rekod jenayah, dikehendaki polis

Lelaki ditembak di Machang ada 12 rekod jenayah, dikehendaki polis

Lelaki yang maut ditembak di Jalan Hutan Kuin di Machang, dekat sini, petang kelmarin disahkan mempunyai 12 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Malah, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berusia 38 tahun yang baru keluar dari penjara April lalu juga berada dalam senarai dikehendaki polis.

“Berdasarkan rekod, mangsa seorang yang agak ganas kerana mempunyai 12 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, selain baru keluar dari penjara April lalu.

“Buat masa sekarang siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti motif utama kejadian,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki meninggal dunia dipercayai ditembak di hadapan kedai alat ganti kenderaan di Kampung Hutan Kuin di Machang dekat sini.

Ketika kejadian, lelaki terbabit Difahamkan, ketika lelaki berusia 38 tahun yang memandu pacuan empat roda itu berhenti untuk membeli alat ganti kenderaan.

Dalam pada itu, Muhamad Zaki ketika mengulas kejadian itu berkata berdasarkan keterangan kejadian dikatakan membabitkan lima suspek.

“Sehingga kini nombor plat kenderaan dinaiki suspek belum dikenal pasti kerana lokasi kejadian tidak mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Bagaimanapun siasatan masih dijalankan untuk mengesan semua suspek terbabit,” katanya mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. BH

Lelaki ditembak di Machang ada 12 rekod jenayah, dikehendaki polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla

Pengacara popular tak bayar gaji staff?

Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)

Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker