Syamsul Debat sekolahkan Abang Tesla

Syamsul Debat sekolahkan Abang Tesla

Satu video menjadi tular di media sosial apabila penceramah bebas terkenal, Ustaz Syamsul Debat ada mengulas mengenai isu poligami yang diutarakan pensohor media sosial, Abang Tesla.

Dalam video tersebut, Syamsul berkata isu adil dalam Islam bukanlah mengikut selera dan nafsu semata-mata.

Saya nak pesan kepada orang yang sudah berpoligami. Kalau rasa diri kita ni bukanlah bagus sangat, ada kelemahan, tak usah kongsi dengan orang lain.

Lagi cakap, lagi bangang tau? Selepas itu, yang bertanya soalan pun tak kena, yang menjawab soalan pun tak kena. Yang memberi pandangan pun tak kena. tak payah.

Malah, Syamsul juga menasihatkan agar lelaki itu iaitu Abang Tesla untuk menjaga hati dan perasaan hati isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari.

Susah senang sama-sama, habis yang isteri nombor dua dicintai? Habis nanti isteri nombor tiga? Isteri ketiga untuk di-apa? Untuk diapa-apakan? Yang keempat?
Itulah sebab jangan keluarkan kenyataan kalau rasa diri tidak mempunyai kelayakan nak bercerita. Fikir dulu sebelum bercakap.

Terdahulu, Abang Tesla mula mendapat tumpuan ramai apabila dia membuat video ‘perjalanannya’ berpoligami sehingga mendapat kecaman orang ramai.

Syamsul Debat sekolahkan Abang Tesla

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker