Kenapa Guan Eng kena guna Jelutong untuk jawab – Najib

Kenapa Guan Eng tak jawab sendiri? –

Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis menyindir Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang seolah-olah ‘membantu’ Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan.

Najib sebelum itu membalas kenyataan Guan Eng yang mendakwa tindakannya ke Sandakan, Sabah kerana mahu mengajar pengundi mengamalkan rasuah dengan mengatakan bahawa beliau hanya mahu berbincang bagaimana untuk membeli banglo jauh di bawah harga pasaran telah membuatkan Rayer ‘sentap’.

Menerusi akaun Facebook miliknya, Najib turut mengkritik Guan Eng yang ‘menghantar’ Rayer untuk membalas kenyataan dan tidak menjawab sendiri apa yang diperkatakan bekas Perdana Menteri itu.

“Ada seorang dah ‘sentap’, Melompat-lompat dia kepanasan. Kewayangan (Guan Eng) tak reti jawab sendiri ke?,” kata Najib sambil berkongsi kenyataan rasmi yang dikeluarkan Rayer, hari ini.
Utusan

Ahli Parlimen Jelutong biadab, apa sumbangannya kepada negara? – DMJ

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker