The Terminator selamat jalani pembedahan jantung

LOS ANGELES – Aktor legenda Hollywood, Arnold Schwarzenegger selamat menjalani pembedahan jantung pada Jumaat lalu, lapor Reuters.

Schwarzenegger mengakui dia kini berasa lebih kuat dan sudah mampu berjalan dan bersiar-siar.

“Saya memiliki injap aorta yang baharu selain injap pulmonari daripada pembedahan yang sebelum ini.

“Kini saya berasa lebih hebat dan sudah keluar ke berjalan-jalan,” ujarnya di hantaran Instagram milknya.



Dia juga merakamkan penghargaan kepada pada kakitangan  perubatan di situ.

Pelakon yang berusia 73 tahun itu dilahirkan dengan kecacatan jantung, menjalani pembedahan kecemasan pada 2018 bagi menggantikan injap pulmonari.

Pada 2003, Schwarzenegger dilantik sebagai Gabenor California dan banyak memperjuang polisi berkaitan alam sekitar



Selepas mengakhiri penggal perkhidmatannya pada 2011, dia kembali ke layar perak, antaranya muncul dalam The Expendables 2 dan juga sekuel The Terminator. – MG

The Rock makin tua makin menjadi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker