The Rock makin tua makin menjadi

Share

LEGENDA WWE yang kini bergelar bintang popular Hollywood, Dwayne Johnson menunjukkan bentuk badan yang luar biasa di media sosial.

Lebih mesra di sapa The Rock, dia memuat naik gambar di Instagram ketika berada di gimnasium.

The Rock menunjukkan bentuk otot yang luar biasa di sebalik usia yang sudah mencecah 48 tahun.


Meskipun sudah popular dan bergelar jutawan, bekas juara WWE itu masih mengekalkan tahap kecergasannya.

Dia kerap pergi ke gimnasium ketika karier sebagai pelakon semakin menyerlah.

SunSport pernah mendedahkan The Rock hanya tidur selama empat jam setiap hari dalam usaha memenuhi jadual hariannya yang cukup padat.


Bintang Jumanji dan The Mummy Returns tidur pada tengah malam dan kemudian bangun seawal jam 4 pagi. HM

Leave a Reply