Nonny Nadirah Umum Batal Majlis Perkahwinan Dengan Niezam Zaidi

Menerusi hantaran di laman Instagram, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah,31 membuat satu kenyataan yang mengejutkan yang mana dia mengesahkan hubungan cintanya bersama Niezam Zaidi,28 sudah terlerai.

Ambil Keputusan Batalkan Majlis Perkahwinan

Dedah Nonny, hasil perbincangan bersama kedua-dua selebriti ini telah bersepakat untuk membatalkan majlis perkahwinan mereka dalam masa yang terdekat. Difahamkan, kedua-duanya masih lagi bersahabat baik malah Nonny berkesempatan memuat naik ucapan selamat hari lahir buat Niezam serta turut mengharapkan orang ramai mendoakan kebahagiaan mereka serta ditemukan dengan jodoh yang terbaik.

“Sekadar makluman, setelah mengambil kata sepakat, perkahwinan antara kami telah pun dibatalkan.



“Korang, satu je kitorang minta. Tolong doakan kebahagiaan buat kami dan bertemu jodoh yang baik buat masing-masing ya.

“Sesungguhnya kami hanya mampu merancang tapi Allah itu sebaik-baik perancang,” tulisnya.

Enggan Ulas Lanjut



Bagaimanapun, Nonny enggan mengulas lanjut ketika ini mengenai keputusan yang dibuat mereka. Rata-rata peminat membanjiri ruangan komen hantaran itu dengan pelbagai reaksi serta turut terkejut dengan pendedahan tersebut. Untuk rekod, Nonny pernah berkahwin dengan Mustain Adnan pada 18 Mac 2018 namun mahligai perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama setahun. Ws

Nonny menangis dilamar kekasih



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker