Jaminkerja Keluarga Malaysia sasar sediakan 600,000 peluang kerja tahun ini

Jaminkerja Keluarga Malaysia sasar sediakan 600,000 peluang kerja tahun ini

Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera mendukung matlamat menurunkan kadar pengangguran negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan menyasarkan menyediakan 600,000 peluang pekerjaan menerusi inisiatif berkenaan pada tahun ini.



Beliau berkata untuk menjayakan matlamat itu, kerajaan memperuntukkan RM4.8 bilion memandangkan penciptaan peluang pekerjaan adalah teras utama di bawah Bajet 2022.

“Kerajaan turut komited membantu komuniti usahawan yang menggaji dan mencipta peluang pekerjaan, supaya dapat terus berkembang dan membina semula perniagaan melalui inisiatif Semarak Niaga bernilai RM40 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia dan Karnival Kerjaya JaminKerja Keluarga Malaysia 2022 di Pusat Konvensyen kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Perdana Menteri juga meminta majikan termasuk agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta untuk memanfaatkan peluang dan insentif disediakan di bawah inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia.



Katanya inisiatif itu akan memberi manfaat yang besar kepada majikan dan pencari pekerjaan.

“Bagi Keluarga Malaysia yang masih menganggur dan sedang mencari punca pendapatan baharu, pastikan anda mendapatkan khidmat padanan pekerja yang ditawarkan oleh portal MYFutureJobs,” katanya. Bh

Jaminkerja Keluarga Malaysia sasar sediakan 600,000 peluang kerja tahun ini


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/



Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker