Pelajar, graduan wajar daftar dalam MYFutureJobs – Ismail

Pelajar, graduan wajar daftar dalam MYFutureJobs – Ismail

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyuarakan harapannya terhadap semua pihak dan pelbagai institusi supaya mendaftar dengan portal MYFutureJob.

Perdana Menteri berkata, perlunya penglibatan aktif semua pihak termasuk daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Majlis Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) supaya masing-masing menggalakkan pelajar serta graduan mereka untuk mendaftar menerusi portal padanan kerja itu.



“Langkah ini akan membolehkan mereka peka dengan peluang-peluang kerjaya dan perkhidmatan pekerjaan lain yang ditawarkan seperti kaunseling kerjaya, program keboleh pekerjaan, karnival kerjaya dan sesi temuduga terbuka bersama majikan.

“Pencari kerja yang ingin mendapatkan perkhidmatan padanan pekerjaan juga kini boleh menghadirkan diri terus ke pusat-pusat MYFutureJobs di seluruh negara seperti di Pejabat PERKESO, Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan juga Pusat Satelit MYFutureJobs di kawasan luar bandar dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

“Portal MYFutureJobs kini menempatkan lebih 465,379 pencari kerja dengan pekerjaan baharu, manakala kira-kira 57,791 orang perantisan yang terdiri daripada golongan pelajar dan graduan telah berjaya mendapatkan pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia dan Karnival Kerjaya JaminKerja Keluarga Malaysia 2022 di Pusat Konvensyen kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini. BH



Pelajar, graduan wajar daftar dalam MYFutureJobs – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)



https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker