Pencalonan BN : Annuar Musa tidak dijemput, mungkin tak terpilih

#PRU15

Pencalonan BN : Annuar Musa tidak dijemput, mungkin tak terpilih

Tan Sri Annuar Musa mengesahkan beliau tidak menerima surat jemputan pengumuman calon Barisan Nasional (BN) malam ini. Ia sekali gus menguatkan dakwaan beliau tidak dicalonkan.

Annuar Musa menegaskan beliau tidak akan meminta, merayu mahupun melobi sekiranya nama beliau tidak dicalonkan di Parlimen berkenaan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).



Sebelum ini ada khabar angin mendakwa Menteri Wilayah yang juga bekas Menteri Besar Perlis, Tan Sri Shahidan Kassim, Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Seri Adham Baba dan Annuar sebagai antara nama yang tidak dicalonkan semula oleh UMNO dalam PRU15.

Shahidan dalam kenyataan di Facebook berkata, bilik gerakan BN bagi Parlimen Arau telah ditutup sejak malam tadi dan bendera parti turut diturunkan.

Penutupan bilik gerakan berkenaan dilihat sebagai protes terhadap penolakan pencalonan Shahidan yang sudah menjadi Ahli Parlimen di kawasan berkenaan selama empat penggal bermula 1986, 1990, 2013 dan 2018.

Pencalonan BN : Annuar Musa tidak dijemput, mungkin tak terpilih




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman



Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?

Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker