Mampukah Isham Jalil Kembalikan Shah Alam Kepada BN?

Oleh Nurul Aisyah

Hizatul Isham bin Abdul Jalil atau lebih dikenali sebagai Isham Jalil disebut-sebut sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di P108 Parlimen Shah ALam. Adakah beliau mampu mengembalikan Shah Alam kepada Barisan Nasional (BN) memandangkan parlimen ini kubu kuat PH?

Sebenarnya reaksi yang diterima sangat positif. Pengundi di kawasan Shah Alam sememangnya tertunggu-tunggu calon muka baru yang berkaliber seperti Isham Jalil. Beliau merupakan aktivis politik rakyat dan mempunyai 20 tahun pengalaman dalam Kerajaan dan swasta.



Lulusan Harvard University ini lantang membidas tindakan PH menganiaya rakyat sepanjang pemerintahan 22 bulan mereka. Malah beliau berani mengkritik kenyataan pemimpin-pemimpin PH dan Perikatan Nasional (PN) yang dilihat melampau dan tidak sepatutnya dibuat.

Pada September 2022, Isham mempersoalkan ‘kelayakan’ Tan Sri Abdul Hadi Awang bercakap mewakili Pas kerana Hadi memenangi jawatan Presiden parti itu tanpa bertanding. Ianya susulan pendirian Ahli Parlimen Marang bahawa kenyataan yang dikeluarkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai Muafakat Nasional (MN) sebagai tidak mewakili UMNO.

Menurut Isham, Hadi tidak perlu menghina Ahmad Zahid yang menang pemilihan jawatan tertinggi UMNO dengan sokongan majoriti perwakilan dengan sebegitu rupa sedangkan Hadi sendiri menang tanpa bertanding sahaja.

Itu antara contoh keberanian Isham Jalil mengkritik pemimpin PH dan PN ketika pemimpin UMNO BN yang lain memilih jalan selamat dengan mendiamkan diri atau mengkritik pemimpin UMNO sendiri untuk memberi “impression” yang baik kepada parti lawan.



Rakyat mahu pemimpin yang berani mempertahankan kebenaran kerana hanya pemimpin yang beretika dan berintegriti mampu menjaga rakyat. Mereka sudah muak dengan pemimpin yang hanya menjaga “kuasa” sendiri tanpa mempedulikan nasib rakyat dan negara. Bagi rakyat Parlimen Shah Alam, Isham Jalil merupakan pemimpin yang tepat untuk mereka.

Parlimen Shah Alam (P108) tertubuh pada Pilihan Raya Umum ke 5 (PRU-5) pada tahun 1978 apabila Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan ibu negeri Selangor diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada 1974.

Parlimen ini merupakan kubu kuat Pakatan Harapan (PH). Ianya disandang oleh Khalid Abdul Samad sejak PRU 12 (2008). Beliau keluar daripada PAS pada tahun 2015. Pada PRU 14 Khalid Samad mengekalkan kerusi ini dan diberikan jawatan eksekutif iaitu Menteri Wilayah Persekutuan. Majoriti pengundi di kawasan ini adalah kaum Melayu.

Fakta yang perlu kita tahu, sejak PRU 10, tiada seorang ahli parlimen di P108 Shah Alam merupakan orang kawasan tersebut. Malah Khalid Samad yang menjadi Ahli Parlimen Shah Alam berpenggal-penggal merupakan kelahiran Kota Bharu, Kelantan. Isham Jalil pula sememangnya kelahiran Selangor.  Beliau dari Kampong Sungai Pelong, Selangor.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker