Zaid saman Presiden Badan Peguam

Zaid saman Presiden Badan Peguam

Peguam Zaid Ibrahim telah mengemukakan saman fitnah terhadap presiden Badan Peguam Malaysia Karen Cheah berhubung dakwaan salah laku berkaitan rayuan Najib Razak dalam kes rasuah SRC International.

Bekas menteri undang-undang itu dan dua lagi rakan kongsi kanan firma guaman Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (Zist), memfailkan saman sivil itu di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 30 Sept.



Sebelum ini, melalui surat tuntutan pada 26 Ogos, Zaid (atas) dan rakan kongsinya menuntut Cheah membuat penarikan balik sepenuhnya dan tidak berbelah bahagi dan memohon maaf atas kenyataan medianya yang dikeluarkan pada 19 Ogos.

Pada 2 Sept, Cheah memberitahu media bahawa dia menyokong kenyataan media Badan Peguam dan bersedia untuk bertemu Zaid dan dua lagi peguam di mahkamah.

Kenyataan akhbar yang dimaksudkan adalah mengenai dakwaan kelakuan peguam Najib dari Zist, yang mewakili bekas perdana menteri itu semasa rayuannya untuk mengetepikan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes SRC.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun, berikutan keputusan mahkamah tertinggi menolak rayuannya pada 23 Ogos.



Menurut salinan writ saman yang dilihat oleh Malaysiakini, tiga plaintif – Zaid, Liew Teck Huat, dan Rueben Mathiavaranam – menamakan Badan Peguam Malaysia dan Cheah sebagai defendan pertama dan kedua.

Melalui pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa siaran akhbar itu diterbitkan di laman web Badan Peguam tanpa sebarang notis mahupun pengesahan diminta daripada mereka terlebih dahulu.

Ketiga-tiga mereka mendakwa kenyataan media berunsur fitnah itu telah diterbitkan semula dalam beberapa portal berita.

Plaintif mendakwa pengeluaran kenyataan media itu merupakan pelanggaran kewajipan berkanun di pihak Peguam dan Cheah.



Mereka mendakwa ini kerana sebarang aduan salah laku sepatutnya dibuat dan dirujuk kepada Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguam Cara mengikut Seksyen 99(1) Akta Profesion Undang-undang (LPA) 1976.

Tak rujuk kepada lembaga tatatertib

Menurut mereka peruntukan dalam seksyen 99(1) akta tersebut adalah termaktub dalam terma-terma bahawa proses tatatertib terhadap mana-mana peguam bela dan peguamcara tidak harus dicemari dengan apa-apa penemuan pramatang terhadap kesalahan dalam apa jua bentuk atau oleh mana-mana badan lain sebelum aduan tersebut dibawa ke hadapan lembaga tatatertib.

Ketiga-tiga mereka mendakwa bahawa LPA tidak memberikan hak, kuasa atau kewajipan kepada Badan Peguam dan Cheah untuk membuat penemuan yang mensabitkan kesalahan berkaitan dengan apa-apa perkara berkenaan dengan’tingkah laku peguam bela dan peguamcara di bawah akta tersebut.



Menurutnya, defendan pertama dan kedua sepatutnya membuat dan merujuk aduan mengenai tingkah laku plaintif dalam rayuan jenayah Mahkamah Persekutuan tersebut dan permohonan yang berkaitan dengannya kepada lembaga tatatertib.

Sebaliknya, defendan pertama dan kedua telah mengeluarkan kenyataan akhbar untuk menerbitkan kesimpulannya dan mengecam plaintif-plaintif sebagai bersalah atas salah laku profesional mereka.

Melalui tindakan undang-undang itu, plaintif menuntut ganti rugi am dan teruk, faedah, dan injunksi bagi menghalang Badan Peguam dan Cheah daripada terus menerbitkan perkataan berunsur fitnah.

Ketiga-tiga mereka juga memohon beberapa deklarasi, antaranya bahawa penyiaran kenyataan media itu bukanlah kaedah atau forum yang betul bagi sebarang dakwaan salah laku dan melanggar peruntukan LPA.



Badan Peguam dan Cheah telah memasukkan maklum balas mereka terhadap perkara itu melalui salinan memorandum kehadiran yang difailkan pada 7 Okt oleh firma guaman Lee Hishammuddin Allen & Gledhill.

Di bawah undang-undang untuk tindakan sivil selepas diserahkan dengan kertas kausa, defendan yang memasukkan kehadiran mereka bermakna mereka akan membela diri terhadap tindakan undang-undang itu.

Zaid, Liew, dan Rueben diwakili peguam dari Zist.

Menurut peguam kedua-dua plaintif dan defendan, saman sivil ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini. Mk



Zaid saman Presiden Badan Peguam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman

Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?

Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker