Rosyam Nor tawar hadiah RM100,000 kepada pelanggan bertuah

Rosyam Nor tawar hadiah RM100,000 kepada pelanggan bertuah

SEDIA maklum, aktor terkenal negara, Datuk Rosyam Nor telah pun membina empayar perniagaannya dengan mengusahakan rangkaian pasar raya yang dinamakan ST Rosyam Mart.

Setelah lima tahun beroperasi menerusi pembukaan tujuh cawangan di sekitar Lembah Klang, kini ST Rosyam Mart tampil menawarkan hadiah dalam bentuk baucar hadiah bernilai RM100,000 kepada pelanggan bertuah.



“Syaratnya mudah saja, pelanggan harus menjadi ahli dengan mendaftar menggunakan aplikasi ST Card.

“Kemudian, berbelanja di pasar raya ST Rosyam Mart dengan nilai minimum RM200 sebulan dan selepas itu, anda layak menyertai peraduan ini.

“Namun diingatkan, pembelian barang-barang subsidi kerajaan seperti beras, minyak masak dan seangkatan dengannya tidak diterima,” memetik kenyataan yang dikeluarkan.

Menurut kenyataan itu lagi, peraduan Peraduan Beli & Menang Baucar Hadiah RM100,000 tersebut akan berlangsung selama tiga bulan bermula Oktober ini hingga Disember hadapan.



Senarai nama pelanggan yang telah dipilih selaku pemenang bulanan akan diumumkan di sosial media rasmi ST Rosyam Mart dan ST Food Mart.

Mengulas lanjut, hadiah baucar tunai yang ditawarkan dibahagikan kepada dua kategori iaitu untuk pemenang utama dan pemenang saguhati pada setiap bulan.

Justeru, pihak ST Rosyam Mart mengalu-alukan penyertaan orang ramai terutama daripada para pelanggan setia mereka, sekali gus merebut tawaran menangi baucar tunai dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000.

Untuk menyemak senarai lokasi premis cawangan, sila layari laman sesawang www.sriternak.com atau ikuti laman sosial rasmi mereka di semua platform sedia ada. Utv



Rosyam Nor tawar hadiah RM100,000 kepada pelanggan bertuah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly Mazlein perli siapa?



Rosnah Mat Aris mak tiri Ira Kazar?

Azira Shafinaz bikin panas ‘belanja lurah’



Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker