4 murid ditahan ekoran kes penggal kepala guru

PARIS: Empat murid sekolah ditahan polis kerana disyaki membantu lelaki yang memenggal kepala seorang guru sejarah di luar sekolah di sini, Jumaat lalu.

Suspek memenggal kepala Samuel Paty, 47, selepas mangsa sebelum itu dikatakan menunjukkan kartun yang didakwa Nabi Muhammad SAW.

Pihak berkuasa percaya bahawa ‘seorang atau lebih murid membantu suspek’ dan kemudiannya mendapat ganjaran wang.



Mereka adalah antara 15 individu yang ditangkap bagi membantu siasatan kes itu, setakat ini.

Antaranya, ibu bapa suspek, datuk dan adiknya yang ditangkap pada hujung minggu lalu.

Turut ditahan, seorang bapa yang dikatakan melancarkan kempen dalam talian terhadap guru terbabit.

Seorang lagi yang ditahan adalah individu yang dipercayai memandu kenderaan dinaiki suspek untuk ke lokasi kejadian.



Selain itu, individu laian yang ditahan termasuk yang menemani suspek ketika dia membeli senjata digunakan dalam kejadian terbabit.

Media melaporkan Paty maut selepas kepalanya dipenggal di luar sekolah dekat Conflans Saint-Honorine, petang Jumaat lalu.

Guru sejarah berkenaan sebelum itu menunjukkan kartun Nabi Muhammad sebagai bahan perbincangan mengenai kebebasan bersuara.

Susulan kejadian, pihak berkuasa menahan seorang remaja lelaki kelahiran Moscow dan berasal dari Chechnya yang dipercayai suspek utama.



Kes itu mendapat liputan meluas sehingga menyebabkan demonstrasi besar-besaran di seluruh Perancis-BH

Suami penggal kepala isteri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker