Suami penggal kepala isteri

Share

 

New Delhi: Selepas memenggal kepala isterinya, seorang lelaki tampil menyerah dirinya di balai polis di daerah Banda, Uttar Pradesh, kelmarin, lapor Gulf News.

Lebih memeranjatkan apabila lelaki itu datang bersama kepala isterinya yang dipenggal ketika menyerah diri.

Menurut laporan berita tempatan, suspek Chinnar Yadav dan isterinya, Vimala yang berusia 35 tahun menetap di Netanagar.

Pasangan itu pada mulanya bertikam lidah sekitar jam 7.30 pagi hari kejadian selepas Yadav menuduh Vimala tidak setia serta menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.

“Ketika keadaan tegang, Yadav bertindak memenggal kepala isterinya dengan senjata tajam hingga mangsa mati,” kata Asisten Superintendan Mahendra Pratap Chauhan kepada media tempatan.

Susulan kejadian itu, Yadav ditahan untuk siasatan selepas tampil menyerah diri.

Senjata digunakannya turut dirampas manakala mayat isterinya dibedah siasat.

Leave a Reply