Enam tahun sekatil baru sedar isteri bekas ibu tiri

Enam tahun sekatil baru sedar isteri bekas ibu tiri

RIYADH – Seorang lelaki di Arab Saudi terpaksa menceraikan isterinya yang telah dikahwini selama enam tahun selepas mendapat tahu bahawa wanita itu merupakan bekas ibu tirinya, lapor portal berita Wolipop semalam.

Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu dilaporkan sebelum ini tidak pernah membawa isterinya berjumpa dengan kedua-dua ibu bapanya.



Bagaimanapun, rahsia bapanya yang pernah bernikah secara misyar dengan wanita tersebut akhirnya terbongkar ketika lelaki berkenaan membawanya pulang berjumpa dengan keluarga.

Bapanya yang terkejut melihat menantunya itu akhirnya terpaksa memberitahu bahawa dia pernah berkahwin dengan wanita berkenaan 10 tahun lalu menerusi pernikahan secara misyar dan telah pun berpisah.

Penasihat Mahkamah Diraja Arab Saudi dan ahli Majlis Ulama Kanan, Abdullah Al Mutlaq berkata, lelaki berkenaan terpaksa menceraikan isterinya selepas mengetahui perkara tersebut.

“Mereka juga telah dikurniakan seorang anak lelaki,” katanya.



Menurut laporan akhbar Gulf News, fatwa yang dikeluarkan adalah, lelaki tersebut perlu menceraikan isterinya kerana perkahwinan tersebut dianggap tidak sah. Anak mereka bagaimanapun diiktiraf sebagai anak sah taraf.

Perkahwinan misyar adalah sejenis pernikahan yang dilakukan semata-mata demi memenuhi tuntutan batin dengan isteri tidak boleh menuntut sebarang hak.

Kaedah itu menjadi pilihan bagi lelaki yang mahu mempunyai lebih daripada seorang isteri, namun enggan bertanggungjawab dari segi nafkah seperti tempat tinggal dan anak. K Online

Enam tahun sekatil baru sedar isteri bekas ibu tiri




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021



Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker