Trafik sesak hampir 3 jam di Tapah kemalangan treler bawa muatan kereta

Keadaan treler membawa muatan kereta selepas kemalangan di KM309.3 antara laluan Tapah mengahala ke Gopeng sebentar tadi.

Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan mengalami kesesakan ekoran kemalangan sebuah treler membawa muatan kereta di Kilometer (KM) 309.3, hari ini.

Kejadian yang dilaporkan berlaku antara laluan Tapah menghala ke Gopeng itu menyebabkan kesesakan berlarutan hampir tiga jam sejak pukul 8.33 malam tadi.

Bagaimanapun, menurut Plus Malaysia Berhad (Plus) di Facebook, setakat pukul 10.52 malam, lorong kanan laluan tersebut sudah dibuka manakala lorong kiri masih ditutup bagi kerja-kerja penundaan.

“Trafik masih perlahan dan sesak sepanjang 4.3 km. Pengguna lebuh raya dinasihati untuk merancang perjalanan serta menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kesesakan,” katanya



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik



Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar



Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker