Skandal gelap suami kantoi diperdaya isteri [VIDEO]

SEORANG isteri memerangkap suami dan teman wanitanya di sebuah hotel di Makassar baru-baru ini. – Instagram

Satu rakaman video menunjukkan senario seorang wanita ‘memerangkap’ kekasih gelap suaminya dengan cara menyuruh kedua-dua mereka datang ke bilik sebuah hotel di Makassar, lapor portal berita Sulaselsatu semalam.

Video itu menjadi tular di laman media sosial selepas dimuat naik di Instagram oleh akaun @teropongmakassar.

“Dipercayai perampas suami orang diperangkap oleh isterinya yang sah,” kata keterangan video tersebut.

Tambah keterangan itu lagi, si isteri memerangkap kekasih gelap suaminya selepas dia  menghubungi wanita itu menggunakan telefon bimbit milik suaminya.





Sejurus tiba, kedua-dua pasangan kekasih itu kelihatan terkejut apabila si isteri turut berada di bilik berkenaan.

Namun, tidak dinyatakan keadaan mereka bertiga selepas itu.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Masih mahu berpura-pura tidak mempunyai apa-apa hubungan. Buktinya, ‘dipancing’ ke bilik hotel, mahu pula dia datang,” kata seorang netizen. – AGENSI



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan



Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)



RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker