‘Macam kuda lari atas rumah’- Mangsa ribut Klebang Jaya

‘Macam kuda lari atas rumah’- Mangsa ribut Klebang Jaya

IPOH: “Saya laung azan tiga kali, rasa macam kuda lari atas rumah,” kata Ismail Daud, 65, menceritakan kejadian ribut yang menerbangkan sebahagian bumbung rumahnya dalam kejadian di Klebang Jaya, petang tadi.

Menurut pesara tentera itu, ketika kejadian kira-kira 4.15 petang, dia sedang tidur di ruang tamu manakala isteri dan dua anaknya sedang berehat.



“Saya tersedar apabila siling rumah tiba-tiba jatuh dan air hujan masuk rumah, serentak itu bumbung rumah dari dapur dan bilik sehingga ruang tamu diterbangkan angin ribut satu persatu,” katanya ketika ditemui di rumahnya malam tadi.

Katanya, ribut dan angin kuat yang berlangsung kira-kira 20 minit itu turut menerbangkan bumbung rumah jiran dan menarik tiang serta wayar elektrik di kawasan tersebut.

Ia membuatkan dia gerun dan melaungkan azan tiga kali.

“Sebaik azan yang ketiga ribut mula berhenti, saya bersyukur kerana tiada ahli keluarga atau sesiapa yang cedera,” katanya.



Ismail yang menetap 22 tahun di Taman Klebang Jaya berkata sebelum ini ribut pernah berlaku dua kali namun kejadian hari ini yang terburuk.

Seorang lagi mangsa D Thanivel, 66, berkata ketika kejadian dia dan keluarga tiada di rumah kerana melawat ahli keluarga yang sakit di hospital di Ipoh.

“Ada jiran beritahu saya bumbung rumah saya diterbangkan ribut, air masuk ke rumah menyebabkan saya bergegas pulang.

“Bila sampai saya lihat bumbung ruang tamu dan dua daripada tiga bilik telah terbang dan siling rumah juga runtuh,” katanya yang tinggal di rumah tersebut bersama isteri dan seorang anaknya.



Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Perak dalam kenyataan memaklumkan 47 rumah di Taman Klebang Jaya terjejas akibat kejadian ribut berkenaan susulan hujan lebat selama lebih dua jam.

Anggota dan ambulans dikerahkan ke tempat kejadian untuk membuat penilaian risiko.

“Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan,” menurut kenyataan. FMT

‘Macam kuda lari atas rumah’- Mangsa ribut Klebang Jaya



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan



Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)



RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker