Wanita berusia 35 tahun disangka 18 tahun

Wanita berusia 35 tahun disangka 18 tahun

LONDON – Seorang wanita mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna di media sosial selepas mendakwa ramai orang menganggap dia berusia 18 tahun walaupun umurnya jauh lebih tua, lapor akhbar The Sun semalam.

Angela ialah seorang ibu dan pesohor TikTok yang mempunyai lebih 286,000 pengikut.



Dalam salah satu videonya, Angela meniru seseorang berkata: “Kamu kelihatan masih muda… kamu mesti 18 tahun. Okay mungkin 21 tahun.”

Dia kemudian mengaku bahawa usianya mencecah 35 tahun pada November lalu.

Sebilangan netizen memberikan pendapat mengenai umur sebenar wanita itu pada video yang mendapat lebih 825,000 tontonan itu.

“Ini mungkin video TikTok pertama yang saya lihat di mana seseorang kelihatan lebih muda daripada usia mereka! Saya tidak akan sangka awak lebih tua daripada saya!” kata seorang netizen.



“Anda mempunyai ciri-ciri muda! Anda lebih tua berdasarkan gaya dan tekstur kulit tetapi anda kelihatan hebat!!” kata netizen lain. K Online

Wanita berusia 35 tahun disangka 18 tahun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau



Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker