Budak 6 tahun pandu kereta tak boleh didakwa

Budak 6 tahun pandu kereta tak boleh didakwa

Kanak-kanak berumur bawah 10 tahun tidak boleh didakwa atas kesalahan jenayah, kata seorang peguam.

N Sivananthan berkata, Seksyen 82 Kanun Keseksaan memperuntukkan tiada apa yang dilakukan oleh kanak-kanak berumur 10 tahun dan ke bawah boleh menjadi kesalahan jenayah.



“Mereka disifatkan tidak memahami akibat daripada tindakan dilakukan itu,” kata peguam kanan itu susulan laporan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun memandu kereta dan merempuh tiang lampu di Langkawi.

Kanak-kanak itu didapati memandu kereta tanpa pengetahuan ibu bapanya apabila terlibat dalam kemalangan di Jalan Bukit Tangga, Langkawi, 11.15 malam semalam.

Harian Metro yang memetik Ketua Polis Langkawi Shariman Ashari sebagai berkata, budak lelaki itu dipercayai memandu kereta kira-kira 2.5km dari rumahnya di Kampung Padang Mengkuang sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu.

Budak lelaki itu ditemani adiknya berusia tiga tahun. Mereka dilaporkan menuju ke kedai berhampiran untuk membeli mainan.



Kanak-kanak itu mengalami kecederaan di dahi manakala adiknya tidak cedera.

Polis berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara cuai atau berbahaya, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana cuai dan pengabaian kanak-kanak.

Dalam pada itu, Sivananthan berkata bagaimanapun Seksyen 83 Kanun Keseksaan memberi layanan berbeza kepada kanak-kanak berumur antara 10 dan 12 tahun.

“Pihak pendakwaan mesti terlebih dahulu membuktikan kanak-kanak ini mencapai kematangan mencukupi atau pemahaman berhubung sifat dan akibat kelakuan mereka,” katanya.



Sivananthan berkata, sebaik-baiknya, polis boleh menemu bual kanak-kanak itu dengan ditemani ibu bapa atau pegawai kebajikan bagi tujuan mengambil tindakan terhadap pihak ketiga.

Peguam Baljit Singh berkata, sebarang siasatan bawah APJ terhadap tindakan pemandu kenderaan itu tidak boleh dimulakan berdasarkan usia kanak-kanak berkenaan.

“Undang-undang melindungi kanak-kanak daripada sebarang pendakwaan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata orang dewasa yang menjaga dua kanak-kanak itu boleh disiasat dan didakwa mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendedahkan mereka dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi. FMT



Budak 6 tahun pandu kereta tak boleh didakwa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen



Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain

Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker