Rogol anak tiri berumur 11 tahun, lelaki musibat ditahan polis

GERIK – Seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan polis pada Khamis selepas disyaki merogol anak tirinya yang berusia 11 tahun sejak tiga tahun lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, penahanan itu dibuat selepas menerima laporan daripada pelajar sekolah rendah itu sekitar jam 12.30 tengah hari.

Menurut beliau, kanak-kanak perempuan itu dilaporkan dirogol suspek sejak berusia sembilan tahun dan kali terakhir berlaku di sebuah pondok dalam kawasan kebun di Air Ganda di sini, Selasa lalu.



“Mangsa telah pun dibawa untuk pemeriksaan oleh doktor pakar kanak-kanak di Hospital Taiping.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua kesan koyakan lama pada bahagian kemaluan kanak-kanak tersebut,” katanya di sini pada Sabtu.

Mohd Yusri berkata, suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga Khamis depan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 3) Kanun Keseksaan kerana merogol.



“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas



Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker