Ibu dakwa duit UMNO haram, pelajar terpaksa tolak bantuan

“Namun malangnya adik Afiq (bukan nama sebenar) ini berkali-kali menolaknya kerana takut dimarahi ibunya penyokong kuat parti berlabel agama kerana didakwa ‘wang daripada UMNO adalah haram’.”

Demikian perkongsian Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang kesal apabila ibu kepada pelajar berkenaan enggan menerima bantuan daripadanya hanya kerana daripada parti politik berlainan.

Kata beliau, bapa kepada pelajar tersebut sudah meninggal dunia dan ibunya pula berada di hospital kerana penyakit kencing manis yang kronik.



“Saya ikhlas membantu kerana kasihan dengan nasib lima anak kecil yang bagaikan tiada pembelaan tanpa langsung memperkirakan warna parti.

“Prinsip saya selagi mereka orang miskin dan fakir, tidak kira ideologi parti mahupun kaum, wajib dibantu. Namun akibat taksub berpolitik, sanggup mendoktrinasi pemikiran anak-anak sehinggakan takut nak terima bantuan walaupun mereka melarat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Asyraf Wajdi berkata, kisah pelajar berusia 17 tahun itu mendapat perhatiannya selepas seseorang individu memaklumkan mengenai kesusahan dihadapi pelajar tersebut.

“Kisahnya begini. Apabila saya pos video mengenai dua beradik yang terpaksa berniaga untuk menyara keluarga, ada seorang hamba Allah (Puan X) komen dan minta tolong saya. Katanya ada kes serupa yang berlaku di Pasir Mas Kelantan. Saya minta Puan X bagi maklumat. Katanya dia pernah bantu adik Afiq



“Kisah ini benar-benar meruntun jiwa saya kerana saya juga mempunyai anak-anak sebaya mereka.

“Justeru tanpa teragak saya mahu hulurkan bantuan wang tunai yang sudahpun diserahkan kepada sahabat saya Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas untuk diserahkan, namun malangnya adik Afiq ini berkali-kali menolak,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pemimpin-pemimpin dalam negara untuk berhenti mendoktrorin pengikut-pengikutnya sehingga terbentuk satu politik taksub yang ‘memangsakan’ orang lain.

“Mohonlah para pimpinan agar dapat menjernihkan pemikiran pengikut-pengikut supaya titik noktahkan politik taksub membenci dan sesat menyesatkan antara satu sama lain hingga anak kecil tidak berdosa pula dimangsakan,” katanya.



 

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)



Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker