Sebanyak 88 kertas siasatan, ‘Scammer Umrah’ akan didakwa 9 Januari ini

PETALING JAYA: Sebanyak 88 kertas siasatan dibuka bagi kes penipuan pakej umrah membabitkan 47 mangsa pada Disember lalu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata, sebahagian daripada siasatan sudah lengkap dan syarikat berpangkalan di Putrajaya itu menerima notis pendakwaan.

Katanya, pendakwaan akan dilakukan pada 9 Jan mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999.



“Dalam isu penipuan umrah ini, bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terkait kepada aspek kepenggunaan. Aspek pelesenan, elemen jenayah dan lain-lain adalah bawah bidang kuasa kementerian serta agensi berbeza.

“Ketua setiausaha kementerian sudah diarah mengadakan perbincangan segera melalui jawatankuasa bersama pihak berkaitan membabitkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Motac) berkaitan pelesenan, polis bagi unsur jenayah, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) serta Pejabat Peguam Negara.

“Ini selepas mengambil kira isu dan kes membabitkan penipuan umrah semakin banyak,” katanya pada sidang media selepas meninjau pelaksaan program pengedaran barang perlu, gas petroleum cecair LPG dan community drumming (PoS to PoS) membabitkan beberapa pusat penjualan di Tenom, lapor Berita Harian.

Sebelum ini, KPDN meminta semua mangsa kes penipuan pakej umrah terbabit membuat aduan rasmi kepada kementerian bagi memudahkan siasatan terperinci dijalankan.



Mangsa menggesa KPDN mengambil tindakan terhadap sebuah syarikat pelancongan selepas gagal membayar ganti rugi seperti diminta Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO) yang mewakili mereka juga mahu syarikat terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang kerana didakwa pernah memperdayakan ramai mangsa sebelum ini.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)



As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?



Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker