Kes cikgu kantoi hina pelajar OKU kini dalam siasatan JPN Sabah [VIDEO]

Pengarah Pejabat Pendidikan Negeri Sabah, Raisin Saidin berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada seorang guru yang didakwa mengeluarkan kata-kata menyinggung perasaan seorang pelajar kurang upaya.

Menurut laporan New Straits Times, guru itu secara tidak sengaja berkongsi komen dan gambar kanak-kanak itu dengan ungkapan “anak bongkok” dalam kumpulan WhatsApp ibu bapa dan guru.

Mesej itu ditangkap layar dan dimuat naik ke platform media sosial TikTok.



https://www.tiktok.com/@fezanray/video/7320925751270722823

Bapa kanak-kanak itu kemudiannya membuat aduan kepada Kementerian Pendidikan.

“Semua pelajar khususnya yang berkeperluan khas harus dilayan dengan penuh berhati-hati.

“Jabatan Pendidikan Sabah telah memulakan siasatan berhubung kes ini dan akan memanggil guru terbabit untuk mendapatkan penjelasan,” kata Raisin.



Tambahnya, amaran telah dikeluarkan kepada semua pejabat pendidikan daerah, pengetua dan guru besar supaya sentiasa mengingatkan guru agar tidak memuat naik sebarang komen mengenai pelajar di media sosial yang boleh mencalarkan maruah mereka.

 

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)



As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?



Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker