Ramli, Alice dilantik Timbalan Speaker

Ramli, Alice dilantik Timbalan Speaker

Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Md Nor dan Ahli Parlimen Lanang dari DAP Alice Lau dilantik sebagai timbalan Yang dipertua Dewan Rakyat pada penggal pertama sidang Parlimen ke-15.

Speaker Johari Abdul ketika mengumumkan keputusan itu memberitahu, Ramli dari Barisan Nasional (BN) menerima 148 undi manakala Alice mendapat 146 undi.



Calon dari Perikatan Nasional yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin pula menerima 74 undi.

Ramli, Orang Asli pertama menjadi Ahli Parlimen dan Alice dicalonkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim sementara Mas Ermieyati dicadangkan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan.

Pada proses pengundian berlangsung hampir 30 minit itu, semua 222 Ahli Parlimen diberi satu kertas undi untuk ditulis dua nama calon yang dipilih dan ditandatangan, sebelum kiraan undi dibuat.

“Mana-mana Ahli Parlimen yang mengundi lebih dua nama, undi anda akan dikira rosak,” kata speaker.



Terdahulu, Johari yang juga bekas Ahli Parlimen Sungai Petani dipilih sebagai speaker selepas mendapat undian tertinggi Ahli Parlimen.

Beliau mendapat 147 undi sementara calon dari Perikatan Nasional (PN), bekas menteri dalam negeri Radzi Sheikh Ahmad hanya memperoleh 74 undi. FMT

Ramli, Alice dilantik Timbalan Speaker


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15 telah berlalu, PN jangan buang masa hasut ahli Parlimen BN

Selepas Dato’ Jamal, Ummi Nazeera pula tolak MN pimpinan Annuar Musa



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker