Ibrahim Ali nak jadi MB Kelantan, mahu negeri sehebat Amsterdam.

‘Guna kreativiti!’ – Ibrahim Ali impi jadi MB Kelantan, mahu negeri sehebat Amsterdam

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Datuk Ibrahim Ali menyatakan hasrat menjadi Menteri Besar Kelantan bagi membawa perubahan dan kemajuan di negeri ini.

Kelantan, ujarnya, kaya dengan pelbagai sumber dan produk, dari alam semulajadi hinggalah makanan, yang boleh dijadikan tarikan pelancongan.

Bagaimana, bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata disebabkan kelemahan dan kurang kreativiti pemimpin kerajaan negeri, sumber berkenaan gagal dimanfaat sebagai sumber kewangan negeri dan rakyat.



“Merata dunia saya pergi tak ada yang sehebat Kelantan. Seperti di Amsterdam, saya terbayang kalau saya terpilih menjadi MB Kelantan, saya nak letak lampu di Sungai Kelantan biar cerah.
“Tak ada duit tak mengapa. Tahu tebang balak tapi nak bangun (kemajuan) rakyat tak tahu.

“Jika Pusat tak bagi duit, kita guna kreativiti, guna otak,” katanya lagi.

Beliau menjelaskan Kelantan kaya dengan kawasan pelancongan dengan hutannya yang cantik selain gunung, gua, pantai, sungai serta budaya dan makanan yang menarik, setanding pusat pelancongan luar negara.

Bagaimanapun, katanya lagi, ketiadaan pemulihan, pembangunan serta perancangan menyebabkan ia terbiar tanpa ada nilai.



Ibrahim berkata mustahil baginya untuk berada di posisi kepala kerajaan negeri Kelantan. Namun sebagai anak jati Kelantan, impian memimpin negeri Cik Siti Wan Kembang itu merupakan sebahagian arah tuju politiknya sejak sekian lama.

Ibrahim pernah mewakili Kelantan sebagai Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas menggunakan lambang PAS selepas dipecat dari UMNO pada tahun 2004.

Beliau kemudian bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya umum lepas, namun gagal mempertahankan kerusi Parlimen itu.

Dengan penubuhan PUTRA, Ibrahim menaruh hasrat untuk kembali bertanding pada pilihan raya akan datang.



Awani

Related Articles

4 Comments

  1. Cita2 Ibrahim Ali memang murni tapi sukar nak direalisasikan bukan sahaja di Kelantan tetapi di mana2 negeri sebab mentaliti orang Malaysia seperti yang selalu diuar-uarkan, mentaliti negara mundur, kalau pasang lampu hari nie, besok dah hilang.

    1. Dia lah akan Memecah belah kan Undi Melayu bila PRU15 di ada kan…tengok cakap dia saya dah faham gila sgt nak jadi KM Kelantan tuk memenuhi kehendak nya bkn tuk menolong Raayat…setakat nak taruh lampu di tebing sungai itu org gila pon bole beri Idea ini…..Cakap tu FREE tak kena bayar ttp cakap lah yg Bernas mcm mana nak bantu Raayat Kelantan dan Memajukan Bangsa Kelantan….Putra Alkadam lah pilihan raya nti

  2. harap ibrahim ali tak maksudkan Kelantan harus maju seperti Amsterdam yang boleh bebas hisap ganja & ada tempat pelacuran melakukan seks dengan haiwan

    1. Aku harap Ibrahim Ali tidak masukan Cerita angan2 mad jenin dalam Impian Dia dikelantan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker