City sedia ‘tunduk hormat’ Liverpool

PEP Guardiola mengesahkan Manchester City akan memberikan penghormatan kepada juara baru Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dengan melakukan ‘guard of honour’ apabila kedua-dua pasukan bertembung minggu depan.

Kejuaraan liga selepas 30 tahun berjaya disahkan Liverpool dua hari lalu selepas City yang menduduki tangga kedua tumpas 1-2 kepada City.

Dua pasukan tangga teratas akan bertemu di Stadium Etihad Khamis depan dan Guardiola, yang sebelum ini membawa City muncul juara liga dua musim berturut-turut berkata, Liverpool berhak mendapat penghormatan tradisi itu.

“Sudah tentu kami akan melakukannya. Kami akan melakukan ‘guard of honour’. Kami sentiasa menyambut mereka apabila mereka datang dengan keadaan luar biasa. Mereka tidak boleh merungut dan sudah tentu kami akan melakukannya kerana mereka berhak,” kata Guardiola.
–– ADVERTISEMENT ––



Pengendali kelahiran Sepanyol itu membantah bahawa pasukannya tidak dahagakan kejayaan atau kurang motivasi musim ini, selepas Liverpool meraih kejuaraan liga kali ke-19 dengan rekod berbaki tujuh perlawanan.

“Pasukan yang memenangi lapan trofi sepanjang tiga tahun lalu masih mempunyai semangat, dalam setiap perlawanan, kejohanan dan mana-mana saja.,” kata Guardiola yang membimbing City untuk meraih Piala Liga buat kali ketiga berturut-turut sebelum perintah berkurung akibat Covid-19.

City akan berkunjung ke Newcastle hari ini bagi saingan suku akhir Piala FA dan masih lagi memburu kejuaraan treble, apabila mendahului Real Madrid 2-1 dalam perlawanan pertama 16 terakhir Liga Juara-Juara.

HM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker