Al-Fatihah: Baru 3 Hari Nikah, Isteri Menangis Suami MeninggaI Dalam Nahas Jalan Raya. [ VIDEO ]

Setiap couple yang baru berkahwin, pasti sudah mengimpikan rumah tangga bahagia dan kekal berpanjangan. Tapi siapa dapat menolak takdir Allah, jika saIah seorang daripada suami isteri dijemput menghadap Ilahi terlebih dahulu. Demikianlah perasaan yang perlu ditempuh seorang wanita di Indonesia apabila diuji beberpa hari selepas pernikahannya.

Baru 3 hari menikah, suami terlibat dalam nahas sebelum koma dan ‘pergi’ untuk selamanya.

Menerusi portal Tribunnews, Al-Qadri Daeng Kasang dan juga Kartini Daeng Bunga baru sahaja diijabkabulkan. Namun 3 hari kemudian si suami terIibat dalam satu nahas jalan raya. Akibat kecederaan teruk yang dialami, lelaki berkenaan telah koma lebih seminggu sebelum akhirnya menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan.



Tular video meraung dan kucup jasad beberapa kali.

Kisah mereka berdua tuIar selepas ada yang berkongsi video wanita berkenaan meraung kerana tidak sanggup melepaskan pemergian suaminya. Malah dia turut dilihat beberapa kali mengucup jasad Allahyarham sebelum dikebumikan sambil ditenangkan ahli keluarga di sisi.

Video:



 

Bingung dan sedih nak terima semua ni. Keikhlasan dan kesabaran diuji dalam waktu yang sama.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat bersimpati dengan kejadian berkenaan. Ramai juga berkongsi perasaan apabila pernah berada di tempat yang sama seperti wanita tersebut. Biarpun sed1h, namun mereka perlu meneruskan kehidupan seperti biasa.



Sumber: Portal Tribunnews & Instagram Makassar_iinfo,kisah dunia



Kredit: DBongkar.com

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker