Jenazah Siti Nor Surya selamat dikebumikan

KUALA TERENGGANU: Jenazah Siti Nor Surya Ismail, 19, yang mati dibunuh di Kampung Lubuk Batu, Kuala Telemong di Hulu Terengganu semalam, selamat dikebumikan kira-kira pukul 8 malam ini.

Jenazah anak kelima daripada tujuh beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Beladau Selat di sini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tiba di rumah keluarganya di Kampung Beladau Selat kira-kira pukul 6.30 petang sebelum dibawa ke masjid kampung itu untuk disembahyangkan selepas Solat Maghrib.

Bapa tak percaya rakan sekolah bunuh Surya

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan yang turut dihadiri lebih 200 orang termasuk ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi semalam, Siti Nor Surya ditemui mati tertiarap dengan pergelangan tangan kirinya putus di samping kesan kecederaan lain di muka dan badan.

Polis kemudian menahan rakan perempuannya yang berusia 19 tahun  bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Sementara itu, bapa mangsa, Ismail Muda, 58, berharap kematian anaknya mendapat pembelaan sewajarnya. – UTUSAN

Pesanan terakhir mangsa bunuh kepada teman lelaki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker