Anak panda Yi Yi, Sheng Yi tak jadi ‘pulang ke kampung’, kekal di Malaysia buat masa ini

 

Penghantaran pulang anak panda Yi Yi dan Sheng Yi ke China yang dijadualkan pada bulan depan ditangguhkan, kata Timbalan Pengarah Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana.

Beliau berkata keputusan tersebut dibuat oleh Kerajaan China kerana kes COVID-19 di negara itu dilaporkan meningkat dan ketika ini masih belum ada tarikh rasmi untuk penghantaran pulang kedua-dua anak panda berkenaan.



“Tahun ini sudah dua, tiga kali ditangguhkan kerana situasi COVID-19 di China, namun kedua-dua anak panda ini tetap akan dibawa balik…mungkin penghujung tahun ini atau awal tahun depan, bergantung dengan keputusan Kerajaan China,” katanya selepas ditemui pemberita pada majlis iftar bersama media dan penaja di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan anak panda Yi Yi dan Sheng Yi yang ditempatkan di Pusat Konservasi Panda Gergasi, Zoo Negara akan dihantar terus ke Chengdu pada pertengahan Mei ini selepas ia tertangguh beberapa kali.

Yi Yi dan Sheng Yi merupakan anak kepada pasangan Panda Gergasi, Fu Wa dan Feng Yi yang dipinjamkan kepada Kerajaan Malaysia pada 2014 untuk tempoh 10 tahun, sempena ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia dan China.

Program pinjaman di bawah Perjanjian Kerjasama Pemuliharaan Panda Gergasi Antarabangsa itu, membolehkan Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan mengenai pemuliharaan Panda Gergasi, selain membangun dan melatih kepakaran tempatan.



Sehingga kini, pasangan panda berkenaan yang dinamakan semula sebagai Xing Xing dan Liang Liang, melahirkan tiga ekor anak panda, iaitu Nuan Nuan yang dilahirkan 18 Ogos 2015, Yi Yi (14 Jan 2018) dan Sheng Yi pada 30 Mei 2021.

Nuan Nuan telah dihantar pulang ke China pada 2017.

Rosly@Rahmat berkata ketika ini Yi Yi yang berusia lima tahun dan Sheng Yi yang bakal berusia dua tahun masing-masing mempunyai berat di bawah 50 kilogram.

Mengenai program perjanjian yang bakal berakhir melibatkan Fu Wa dan Feng Yi pada tahun depan, beliau berkata perkara itu sedang dibincangkan dengan Kerajaan China dengan syarat-syarat baharu.



“Dalam kontrak kita 10 tambah 10, jadi sekarang kerajaan kita sedang berunding untuk sambung kontrak itu mungkin tidak sampai 10 tahun lagi,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject



Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker