Pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat ditangguhkan

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat pada Selasa sebulat suara meluluskan usul pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat ditangguhkan ke mesyuarat kedua yang akan datang.

Penangguhan usul itu dikemukakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

“Saya mengemukakan usul untuk menghentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 6 iaitu bagi menangguhkan pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat seperti Perkara 1 yang ada dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul ini di bawa ke mesyuarat kedua yang akan datang,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.



Usul penangguhan itu kemudiannya disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid.

Pada 23 Ogos tahun lalu, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, mengesahkan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Susulan itu, jawatan seorang lagi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat kini kosong dan hanya Datuk Mohd Rashid Hasnon yang memegang jawatan itu ketika ini.

Pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat ditangguhkan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]



Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)



PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker