PM kata kerajaan tidak lindungi sesiapa dalam isu rasuah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kerajaan yang dipimpinnya tidak akan melindungi sesiapa termasuk golongan kenamaan sekiranya terlibat dalam rasuah.

Beliau berkata, individu yang terlibat dalam jenayah itu perlu bertanggungjawab dan hanya mahkamah akan menjadi tempat penentu sama ada mereka bersalah atau sebaliknya.

“Saya percaya Yang Berhormat tahu banyak kes sedang berjalan di mahkamah melibatkan sesiapa sahaja tidak kira dari pihak pembangkang mahupun kerajaan.



“Kita lihat hari ini banyak lagi kes sedang berjalan di mahkamah dan itu menunjukkan kerajaan serius dari segi mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang mengamalkan rasuah.

“Begitu juga dengan perkara-perkara lain yang dibangkitkan dan pihak kerajaan tidak melindungi sesiapa. Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab akan dihadapkan ke mahkamah dan mahkamah lah menentukan orang itu bersalah atau tidak,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan tambahan, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) adakah kerajaan serius bertindak terhadap kes atas individu yang terlibat dengan kes rasuah kerana tiada langkah proaktif yang diambil untuk menangani perkara tersebut.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, dakwaan sesetengah pihak kerajaan melindungi individu tertentu dan hanya mengambil tindakan terhadap individu tertentu juga tidak benar sama sekali.



Tegasnya, kerajaan di bawah pimpinannya tidak mengambilkan sikap atau perkara sedemikian, sebaliknya memandang serius terhadap sebarang kes membabitkan rasuah.

“Kita tidak tahu sama ada (kerajaan terdahulu) ada membuat pendakwaan terpilih tetapi hari ini (di bawah pimpinannya) tidak ada pendakwaan terpilih kepada sesiapa. Itu janji kerajaan,” jelasnya.

PM kata kerajaan tidak lindungi sesiapa dalam isu rasuah


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin



Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker