Hamzah nak bohong pun tolong ada hati nurani sikit

Hamzah nak bohong pun tolong ada hati nurani sikit

Naib Presiden PKR K Saraswathy menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung PN Hamzah Zainuddin bahawa DAP merupakan parti yang menjadi punca perpecahan kaum dan agama di negara ini sebagai mengarut.

Sebaliknya, timbalan menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata bahawa rakyat Malaysia berasa gelisah dengan PN.



“Teringin nak bohong pun tolong ada hati nurani sikit. Pemalsuan fakta bukannya perkara baru untuk PN.

“Hamzah tidak perlu cuba untuk memperbodohkan rakyat dengan cerita-cerita mengarut lagi mengenai DAP.

“Kenyataan Hamzah hanya mendedahkan keterdesakan politik PN yang tidak dapat melawan kesungguhan Kerajaan Perpaduan untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan utuh,” katanya kepada Malaysiakini.

Hamzah ketika berceramah di Taman Medan, Selangor malam kelmarin telag menegur anggota polis yang mengundi parti selain PN, dengan mendakwa mereka mengikut kehendak DAP.



“Kerana DAP-lah yang memecahbelahkan kaum dalam negara kita ini. Dulu semasa DAP kecil, sokongan DAP begitu kecil sekali.

“Negara ini aman. Orang Cina boleh niaga aman. India boleh buat apa saja. Melayu boleh hidup aman sejahtera tanpa diganggu sesiapa.

“Hari ni yang cakap macam-macam memecahbelahkan kita adalah DAP.

“Kalau polis yang undi bukan PN, juga mengikut kehendak DAP memecahbelahkan negara kita ini,” kata Hamzah yang juba bekas menteri dalam negeri.



Sementara itu, Saraswathy mencabar Hamzah untuk menjelaskan kenyataan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa PAS menjadi punca perpecahan orang Melayu sejak kemerdekaan Negara ini.

“Apakah jawapan Hamzah terhadap tuduhan Mahathir itu terhadap PAS yang menentukan naratif politik dalam PN sekarang?” soal Saraswathy.

Naib presiden PKR itu merujuk kenyataan Mahathir pada 2018 yang mengkritik PAS, antaranya atas dakwaan parti itu bahawa orang yang bekerjasama dengan orang kafir menjadi kafir.

“Di kalangan ahli PAS, penerimaan ajaran pemimpin dan parti lebih utama daripada ajaran Islam. Sebab itu walaupun Al Quran menyebut bahawa orang Islam itu bersaudara, ahli PAS sanggup bermusuh dengan orang Islam lain kerana ajaran oleh pemimpin PAS.



“Kerana sikap inilah orang Islam (Melayu) di Malaysia berpecah sehingga sekarang.

“Bukan orang bukan Islam yang memecah orang Melayu tetapi politik PAS yang membawa perpecahan kepada mereka,” kata Mahathir ketika itu. Mk

Hamzah nak bohong pun tolong ada hati nurani sikit

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik

Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang



Anak bertudung tanpa disuruh buat Nabil gembira

Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker