Hentikan persengketaan politik

SELEPAS kekalahan England di tangan Perancis dalam suku akhir Piala Dunia pada Ahad lalu, tular di media sosial yang memuji England – ‘England yang tewas dan gagal ke peringkat akhir akur dengan keputusan itu serta tidak membuat ceramah-ceramah memfitnah atau membantah keputusan pengadil’.

Sungguhpun bukan peminat tegar bola sepak, kecerdikan ‘nakal’ netizen Malaysia dan hikmah yang cuba dibawa mereka mencuit hati saya.

Kalaulah setiap pasukan yang kalah tidak puas hati atas kekalahan masing-masing sama ada berasas atau tidak, maka setiap empat tahun, Piala Dunia akan menghasilkan satu pasukan juara dan 23 pasukan sakit hati.



Apa yang peminat bola sepak dunia mahu lihat untuk masa empat tahun akan datang bukanlah rungutan tidak berhenti-henti tentang pengadil tidak adil tetapi usaha dan permainan lebih hebat oleh pasukan-pasukan yang kalah.

Dengan kata lain, segala drama kehampaan dan kepahitan untuk pihak yang kalah perlulah tamat selepas tamatnya pertandingan.

PROFESIONAL

Dalam politik, nampaknya ia lebih sukar tetapi mesti dilaksanakan. Kita perlukan kerajaan dan pembangkang yang memainkan peranan masing-masing secara profesional.



Kita perlukan kerajaan yang bersungguh-sungguh memimpin dan mentadbir negara. Kita juga perlukan pembangkang yang memantau kerajaan dengan teliti sebagai ‘pembangkang setia Seri Paduka Baginda’.

Pembangkang inilah yang akan menyiapsiagakan diri untuk menggantikan kerajaan pada pilihan raya akan datang atau jika Parlimen kehilangan kepercayaan kepada kerajaan tetapi bukan dengan mengganggu usaha kerajaan mentadbir negara sehingga kepentingan negara dan rakyat tergugat.

Dalam demokrasi berparlimen, kerajaan dibentuk berasaskan majoriti sebuah parti ataupun persetujuan parti-parti yang menjumlahkan kerusi masing-masing untuk membawa majoriti mudah.

Ia tidak harus berlaku dengan pengutipan surat akuan bersumpah (SD), seolah-olah parti-parti tidak wujud dan logo-logo parti di kertas undi simbol kosong. Penamatan awal dua kerajaan sebelum ini telah menunjukkan kerajaan yang dibentuk oleh sokongan individu ahli Parlimen itu rapuh dan tidak bertahan.



Semua kerajaan berparlimen mesti bersedia menghadapi ujian undi (tidak) percaya di Parlimen. Mereka tidak boleh mengisytiharkan darurat dan menggantungkan Parlimen untuk melarikan diri daripada ujian undi tidak percaya.

Demi kestabilan politik, setiap Perdana Menteri seharusnya mengemukakan usul undi percaya kepada dirinya untuk menghapuskan sebarang kemusykilan sama ada beliau menikmati keyakinan majoriti ahli Parlimen di Dewan.

Ia pernah dilakukan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn pada 1976 dan Tun Abdullah Badawi pada 2003.

Pada 19 Disember ini, genap sebulan selepas Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15), satu usul undi percaya ke atas Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim akan dikemukakan.



Ia peluang terbaik untuk semua yang mempersoalkan majoriti Anwar untuk membuktikan keabsahan beliau.

Jika usul itu dikalahkan, Anwar sudah berjanji akan mengundur diri. Kalau usul diluluskan, pembangkang tolong jangan ulangi rungutan untuk lima tahun akan datang bahawa kemenangannya dicuri. Tuntut saja pengiktirafan dan hak munasabah sebagai ‘naib juara’.

Hentikan persengketaan selepas 19 Disember. Rakyat berhak melihat kerajaan dan pembangkang membuat kerja masing-masing, bukan beraksi dengan sakit hati atau angkuh selama lima tahun.

* Profesor Wong Chin Huat ialah Timbalan Ketua (Strategi), Pejabat Asia, Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan PBB (SDSN-Asia) di Universiti Sunway.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]

Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j

Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker