Tunku Azizah Menaiki Motor Elektrik Sambil Hon Mencuit Hati Netizen (Video)

Tunku Azizah Menaiki Motor Elektrik Sambil Hon Mencuit Hati Netizen (Video)

Gelagat lucu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering mendapat perhatian dari netizen. Ramai yang sayang dengan Raja Permaisuri Agong kali ini kerana sikap ramahnya untuk dekat dengan rakyat membuatkan beliau disayangi ramai. Dikatakan Tunku Azizah mempunyai lebih kurang 200 hari sebelum kembali ke Istananya di Pahang.

Baru-baru ini, tular satu video di laman tiktok milik @thesk.8 mengenai telatah Tunku Azizah yang mencuit hati ramai netizen. Video berkenaan yang kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.3 juta, 91 ribu tanda suka dan komen sebanyak 1 ribu.



Dalam video berkenaan, memaparkan Tunku Azizah sedang menaiki dan membawa motor elektrik di dalam Istana Negara. Bukan sahaja itu, malah Tunku Azizah juga membawa motor elektik tersebut sambil membunyikan hon.

Rata-rata netizen teruja dan mecuit hati selepas melihat video tersebut. Mereka juga komen mengenai teletah Tunku Azizah yang sangat bersahaja itu.

“Kenapa perangai Tuanku ni random sangat”

“Tau takpe, terlalu random tapi comel, dengan hon nya tu hahaha”



“Ya Allah, Tuanku Permaisuri Rupanya, kenapa comel sangat ampun Tuanku”

“Saya akan merindui our Permaisuri dan Agong yang sangat humble dan berjiwa rakyat”

Tunku Azizah sememangnya adalah buah hati rakyat Malaysia. Insan yang sangat dihormati kerana sifat lemah lembut dan merendah diri dari beliau. Apa-apa pun, semoga beliau dan kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan mendapat keberkatan dunia dan akhir at. Mr

Tunku Azizah Menaiki Motor Elektrik Sambil Hon Mencuit Hati Netizen (Video)



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah



Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed

Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)



Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker