Cakap pakai otak sikit – Joe Flizzow
Cakap pakai otak sikit – Joe Flizzow
Berang melihat isu rogol dan gangguan seksual dijadikan jenaka oleh beberapa selebriti tanah air, penerbit dan penyanyi rap ikonik, Joe Flizzow tampil menyuarakan pandangan.
Katanya, sebagai golongan yang dikenali ramai mereka seharusnya peka dengan isu berkenaan atau lebih baik berhenti sebagai pengacara dan artis jika masih menjadikan rogol sebagai bahan gelak tawa.
“Kepada artis atau hos televisyen di luar sana yang ingat isu rogol, dera atau ‘sexual harassment’ ini kelakar, baik korang berhenti kerja sajalah.
“Tolonglah, pakai otak sikit. Korang ni role model (contoh) sepatutnya dan tak promote isu bodoh macam ini,” luahnya menerusi Insta Story.
Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 42, berkata demikian merujuk kontroversi membabitkan video daripada sebuah program televisyen yang tular dalam Twitter sejak semalam.
Dalam paparan tersebut, pelakon Fauzi Nawawi galak bercerita secara terperinci pengalamannya pada tahun 2007 ketika menjayakan babak rogol menerusi filem Anak Halal.
Biarpun memaklumkan adegan dengan pelakon Raja Farah sudah dipotong, ramai menyelar tindakan aktor tersebut yang disifatkan keterlaluan apatah lagi disambut gelak tawa artis undangan lain termasuk pengacara rancangan itu, Shuk.
Fauzi bagaimanapun sudah meminta maaf kepada aktres tersebut dan suaminya di atas ketelanjuran dilakukan selain memaklumkan tidak sedar video daripada program yang sudah beberapa kali disiarkan itu tular.
Pada masa sama Joe berharap pelakuan tidak matang seumpama itu dapat dihentikan selain jangan menjadikannya sebagai budaya di negara ini.
“Saya tak mahu expose (dedah) kan kamu. Kamu pun dah minta maaf (tapi) apa yang perlu saya cakap, saya akan cakap. Cukuplah.
“Ini bukan budaya yang sepatutnya ada di Malaysia. Jangan rosakkan pemikiran,” kata pengasas dan pemilik Kartel Records itu. K Online
Cakap pakai otak sikit – Joe Flizzow
Baca Artikel Menarik :
- Mahfuz, mai sini kejap – Najib
- Johan Qari Antarabangsa 2016 Ustaz Wan Ainuddin Hilmi meninggal dunia
- Pedang berusia 900 tahun ditemukan
- Suami Ain Edruce blur, malas layan perangai pelik isteri
- Kami tak mahu 4 ADUN Melaka sertai parti – Pemuda PKR
- Naib Pengerusi DAP Perak Dr. Aziz Bari tidak berganjak bidas PKR Perak
- Jin belaan lebih mengganas jika dihebohkan
- Shafee menang rayuan saman fitnah terhadap Majlis Peguam, dua individu lain
- Adegan rogol Raja Farah, Fauzi Nawawi minta maaf
- Tular surat aduan Shahidan langgar disiplin parti
- Pengurus tapak projek didakwa rogol gadis bawah umur
Layari Laman Facebook MYKMU