Timbalan Menteri beli rumah banglo RM1.8 juta di Bukit Sepanggar?

Menurut sumber jika banglo di tanah berkeluasan 7240 perkaki itu berjaya dibeli dalam tempoh terdekat maka impian rakyat Sepanggar bertemu Ahli Parlimen setiap hari bakal tercapai

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman dikatakan bakal menetap kekal di Parlimen Sepanggar apabila desas-desus beliau membuat lawatan rumah banglo berkembar berharga RM 1.8 juta di Bukit Sepanggar baru-baru ini.

Menurut sumber Azis Jamman bakal membeli rumah banglo di tanah berkeluasan 7240 perkaki itu berdasarkan maklumat diberikan oleh penduduk di kawasan kejiranan.

Dijangka dengan pembelian banglo mewah itu nanti rakyat di kawasan Sepanggar lebih mudah berurusan dengan Ahli Parlimen itu nanti bagi menyelesaikan isu setinggan, perumahan, dadah dan pendatang asing tanpa izin yang berleluasa di Sepanggar



Selain itu isu-isu infrastruktur seperti jalan dan jambatan juga bakal diselesaikan. Antara aduan itu ialah jambatan dan jalan di Kg Kalansanan yang masih belum dibaiki sejak selepas pilihanraya lalu.

[http://sabahkini2.com/en/news/2175/timbalan-menteri-beli-rumah-banglo-rm18-juta-di-bukit-sepanggar/view]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker