Bursa Malaysia dibuka rendah dalam suasana pelaburan berhati-hati

Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini menjejaki kerugian semalaman indeks global ditengah-tengah suasana pelaburan berhati-hati.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.83 mata kepada 1,599.92, selepas dibuka 1.52 mata lebih rendah pada 1,601.24. Barometer pasaran ditutup pada 1,602.75 semalam.

Kedudukan pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 112 berbanding 87, manakala 146 kaunter tidak berubah, 1,610 tidak diniagakan dan 14 lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 68.98 juta unit bernilai RM30.35 juta. Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota ekuitinya hari ini, berkata disebalik indeks global yang lemah, FBM KLCI dijangka berada di landasan pemulihan didorong oleh keadaan terlebih jual.



“Kami menyaksikan beberapa gangguan terhadap prospek pemulihan dan keadaan tidak menentu yang baharu muncul masih kekal menjadi ciri jangka pendek.

“Dalam persekitaran yang sedang berlaku ketika ini, kami fikir kecenderungan untuk meningkat dalam tempoh terdekat akan dapat dihadkan pada paras rintangan 1,610 dalam jangka terdekat,” katanya.

Mengenai pasaran melantun semula, ia berkata saham barisan rendah dan pasaran saham lebih meluas akan meneruskan pemulihannya, tetapi dalam keadaan turun naik yang meningkat apabila berlakunya kegiatan pengambilan untung.

“Bagaimanapun, kita masih menjangkakan akan berlaku peningkatan sederhana dalam tempoh terdekat ini disebabkan oleh aktiviti belian semasa harga rendah akan memberikan faktor sokongan,” katanya.



Bagi indeks global, Dow Jones Industrial Average merosot 0.66 peratus kepada 25,962.44, Nikkei Jepun turun 0.68 peratus kepada 20.535.64, Hang Seng Hong Hong berkurangan 0.23 peratus kepada 26,231 dan KOPSI Korea Selatan turun 0.02 peratus kepada 1,959.80. – BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker