PDRM sedia bantu SPRM kes penyelewengan menantu Muhyiddin

PDRM sedia bantu SPRM kes penyelewengan menantu Muhyiddin

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung permohonan notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap menantu Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia berikutan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sedia memberikan kerjasama melibatkan bantuan kepada SPRM.

“Kerjasama dengan pihak SPRM, kita akan bantu apa sahaja, itu tidak jadi masalah antara agensi sesama agensi,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan SPRM akan memohon Notis Merah polis antarabangsa (Interpol) terhadap menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi individu yang dipercayai melarikan diri dalam kes tersebut.

Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki, berkata permohonan itu akan dilakukan dengan bantuan PDRM dalam masa terdekat.



Individu pertama yang dicari SPRM ialah Muhammad Adlan Berhan, 48, dengan alamat terakhir di Lot 65, Sunway Kiara Hills, Jalan 32/70A Desa Sri Hartamas, manakala, seorang peguam, Mansoor Saat, 69, beralamat terakhir di 5 Jalan SS19/1C Subang Jaya, Selangor.

Bagaimanapun, Muhammad Adlan dalam satu kenyataan melalui peguam, Datuk Baljit Singh Sidhu menafikan beliau lari daripada pihak berkuasa dan menyatakan akan pulang ke tanah air bagi membantu siasatan. K Online

PDRM sedia bantu SPRM kes penyelewengan menantu Muhyiddin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Duit Dini Schatzmann habis

Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Wajah Enot Dah Berubah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker