Michelle Yeoh calon Aktres Terbaik Anugerah Golden Globe Ke-80

Michelle Yeoh calon Aktres Terbaik Anugerah Golden Globe Ke-80

Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh memperkukuhkan reputasi dalam dunia lakonan apabila diumumkan tercalon dalam kategori Aktres Terbaik, Anugerah Golden Globe Ke-80 yang akan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia, pada 11 Januari depan.

Filem ‘box office’, Everything Everywhere All At Once ditayangkan Mac lalu yang menyaksikan Yeoh melakonkan watak isteri dan ibu yang mahu menyelamatkan dunia, meletakkan bintang berasal dari Ipoh, Perak itu dalam kalangan calon terbaik kategori Aktres Terbaik (Filem Muzikal atau Komedi) pada acara anugerah berprestij itu.



Yeoh berdepan saingan Lesley Manville melalui filem Mrs Harris Goes to Paris; Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grand).

Kejayaan Yeoh bolos calon akhir Anugerah Golden Globe Ke-80 dianggap pencapaian membanggakan dan suatu pengiktirafan kepada pelakon Asia di pentas acara berprestij itu.

Sejak mula ditayangkan, penampilan Yeoh dalam filem ‘indie’ arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert itu menjadi sebutan ramai, malah, pengkritik filem percaya Yeoh bakal menggenggam trofi Oscar melalui watak dibawanya dalam filem terbabit.

AFP melaporkan, barisan calon Anugerah Golden Globe Ke-80 yang mewakili pelbagai kategori daripada filem komedi, The Banshees of Inisherin hingga filem ‘multiverse’, Everything Everywhere All At Once lakonan Yeoh, diumumkan Mayan Lopez dan Selenis Leyva dalam program NBC’s Today, hari ini.



Selain Yeoh bagi kategori Aktres Terbaik, filem Everything Everywhere All At Once dilaporkan meraih lima pencalonan termasuk membabitkan gandingan Yeoh dalam filem berkenaan iaitu Ke Huy Quan dan Jamie Lee Curtis.

Pada edisi kali ini, filem The Banshees of Inisherin arahan Martin McDonagh memperoleh pencalonan terbanyak iaitu lapan kategori termasuk membabitkan pelakon iaitu Colin Farrell, Brendan Gleeson, Kerry Condon dan Barry Keoghan, lapor agensi.

Anugerah Golden Globe Ke-80 menyaksikan calon Filem Terbaik (Drama) adalah The Fabelmans, Top Gun : Maverick, Elvis, Tar dan Avatar : The Way Of Water.

Selain itu, calon Filem Terbaik (Komedi atau Muzikal) adalah The Banshees of Inisherin, Everything Everywhere All At Once, Glass Onion : A Knives Out Mystery, Babylon dan Triangle Of Sadness, lapor agensi.



Bagi penerbitan televisyen (TV), siri Abbott Elementary mendapat pencalonan terbanyak dalam lima kategori termasuk Siri Terbaik (Muzikal atau Komedi).

Anugerah Golden Globe Ke-80 terbitan NBC dilapor bakal dikendalikan pelawak, Jerrod Carmichael. BH

Michelle Yeoh calon Aktres Terbaik Anugerah Golden Globe Ke-80


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal

Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah



Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker