Subsidi pukal dikekalkan bagi bantu golongan B40, M40 dan peniaga kecil

Subsidi pukal dikekalkan bagi bantu golongan B40, M40 dan peniaga kecil

Malaysia mesti menyalurkan semula subsidi pukal yang turut memanfaatkan golongan kaya dan konglomerat ke arah menopang kumpulan B40, M40 dan peniaga kecil yang amat terkesan dan memerlukan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pada masa sama, jabatan kerajaan diarah menyediakan, merangka serta membangunkan wahana (saluran) yang bersesuaian bagi melaksanakan subsidi bersasar dengan mengambil kira kepentingan pengguna dan industri serta memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan kebijakan (dasar) itu.



Mengambil contoh subsidi elektrik, Perdana Menteri berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai hampir 10 juta pengguna yang mana 50 peratus daripada subsidi untuk kemudahan itu dinikmati oleh 10 peratus atau 1 juta pengguna yang terdiri daripada kumpulan konglomerat.

“(Justeru), jabatan-jabatan kerajaan mesti merangka serta membangun wahana (saluran) yang bersesuaian bagi melaksanakan subsidi bersasar dengan mengambil kira kepentingan pengguna dan industri serta memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan kebijakan (dasar) ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Anwar berkata, pada Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) yang dipengerusikannya pagi ini, sebanyak tiga kertas dibentangkan, mengupas isu, tantangan (cabaran) dan strategi secara bersama oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN); Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Beliau berkata, laporan itu bertujuan mendapatkan pandangan awal daripada pemegang taruh berkaitan terutamanya peserta industri serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili hak pengguna.



Perdana Menteri berkata, pada masa sama, kerajaan juga konsisten dalam membangun serta mendukung pembangunan industri yang mampan.

“Sektor penternakan negara sudah lama mencapai tahap yang mampan untuk memenuhi permintaan tempatan dan berupaya untuk mengeksport.

“Kerajaan berhasrat untuk memudahkan industri ini untuk mengeksport ke luar produk mereka serta memastikan sektor penternakan menghasilkan bekalan yang cukup untuk keperluan rakyat dan ini termasuk menjamin bantuan yang lebih besar dan bersasar, terutamanya kepada pengusaha tempatan,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini, isu bekalan menjadi tumpuan utama kerajaan kerana kekurangan bekalan akan memberi kesan buruk.



Justeru, beliau berkata, kerajaan akan mempertimbangkan untuk meneliti kaedah campur tangan di peringkat pengguna.

Katanya, beberapa ikhtiar juga sudah disyorkan dan akan dibentangkan kepada Kabinet yang akan membuat keputusan esok. BH

Subsidi pukal dikekalkan bagi bantu golongan B40, M40 dan peniaga kecil


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal

Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah



Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker