Ramasamy mahu anjur kempen gesa bebaskan tahanan Sosma

Ramasamy mahu anjur kempen gesa bebaskan tahanan Sosma

Pemimpin DAP P Ramasamy akan menganjurkan kempen di seluruh negara bagi menggesa kerajaan memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan membebaskan lebih 100 tahanan yang ditahan di bawah akta berkenaan.

Timbalan ketua menteri Pulau Pinang yang juga naib pengerusi DAP negeri itu menyifatkan akta berkenaan kejam dan menyebabkan ramai yang ditahan dalam penjara menunggu perbicaraan tanpa tempoh masa yang ditetapkan.



Dia menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail supaya membebaskan tahanan Sosma terlebih dahulu sebelum kerajaan menyemak semula undang-undang yang membolehkan penahanan selama 28 bulan tanpa bicara, seperti dalam kes tahanan dari Sungai Petani.

“Kami akan menganjurkan kempen di seluruh negara untuk mendapatkan sokongan rakyat dan menarik perhatian kerajaan untuk memansuhkan Sosma. Tidak kira kerajaan mana yang memerintah, undang-undang zalim itu tidak adil dan tidak diperlukan di Malaysia,” katanya.

Ramasamy berkata demikian di Komtar, Pulau Pinang selepas bertemu keluarga 33 tahanan Sosma dari Sungai Petani, Kedah yang ditahan sejak September 2020.

“Adalah tidak adil untuk menahan tahanan tanpa bicara dan mereka telah berada dalam tahanan sejak 28 bulan lalu. Mereka adalah satu-satunya pencari nafkah keluarga mereka. Dakwa mereka atau lepaskan mereka,” katanya.



Dia berkata gabungan Pakatan Harapan (PH) menyokong pemansuhan Sosma sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-15, tetapi pendirian gabungan itu kini tidak jelas selepas membentuk kerajaan dengan BN.

“Kita mempunyai undang-undang yang mencukupi termasuk Kanun Tatacara Jenayah dan Kanun Keseksaan, dan mereka harus didakwa jika polis mempunyai bukti. Ia adalah kemuncak kezaliman untuk menahan tahanan selama 28 bulan.”

Aktivis sosial dan presiden Persatuan Kural Thamilar Malaysia, David Marshel juga berkata, tahanan bukan ancaman keselamatan negara dan menggesa kerajaan membebaskan mereka yang ditahan.

“Sosma membenarkan penahanan orang yang menjadi ancaman kepada negara. Mereka ini dipercayai terlibat dalam kongsi gelap dan jenayah lain tetapi mereka ditahan di bawah Sosma.



“Dalam kes ini ia menunjukkan bahawa polis menangkap orang terlebih dahulu sebelum mencari bukti.

“Kami tidak mengatakan mereka semua tidak bersalah, tetapi ada yang tidak bersalah di kalangan mereka. Tuduh mereka (di mahkamah) jika polis mempunyai bukti, tetapi jangan tahan mereka di bawah Sosma dan kemudian cari bukti,” katanya.

Tahanan Sosma berkenaan ditahan pada September 2020 dan kini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sungai Petani mengikut Seksyen 130v(1) Kanun Keseksaan kerana didakwa menganggotai kumpulan jenayah terancang.

Perbicaraan bagi 33 tahanan itu diadakan di Mahkamah Tinggi Sungai Petani pada 18 dan 19 Dis tahun lepas, dan perbicaraan ditetapkan pada 19 dan 20 April serta 17, 24 dan 25 Mei tahun ini.



Bagaimanapun, keluarga mereka melahirkan rasa tidak senang kerana perbicaraan sekali lagi ditangguhkan dan mereka merayu agar tahanan dibebaskan segera.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Ramkarpal Singh bulan lalu berkata bahawa kerajaan telah bersetuju untuk meneliti peruntukan tertentu dalam Sosma dan akan berhubung dengan pihak berkepentingan yang berkaitan, tetapi belum ada perkembangan dalam perkara itu. Mk

Ramasamy mahu anjur kempen gesa bebaskan tahanan Sosma

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua



Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker