10 Tahun Pulak Dah Baiki Ekonomi, #ubahbaliklah!!

oleh Ahmad Faiz

Dulu, PM 7 punya nyanyi dengan culai-culainya ialah, banyak masalah dalam negara pada ketika itu, termasuk ekonomi, akan selesai kalau Datuk Seri Najib Tun Razak turun dan digantikan dengan dia.

Matawang jatuh boleh naik balik, hutang banyak boleh jadi sikit dan sebagainya. Semua hanya dengan 1 kejadian saja, Najib turun.

Hari ini – lebih setahun selepas Najib diturunkan, dah lain pulak cerita.



Dari penasihat utama kerajaan kata perlu 6 bulan untuk pulih keadaan, Menteri Kewayangan cakap lain, PM 7 pulak cakap 3 tahun, dah kelmarin, Menteri yang takde kena mengena ekonomi pulak kata perlu 10 tahun lagi.

Menteri Ekonomi pun diam saja sampai sudah. Kalau dia buka mulut agaknya, mau 20 tahun lagi.

Apa semua ni? Tak habis-habis nak menipu rakyat lagi ke? Belum menang tipu, 100 hari pertama tipu, dah lebih setahun menang pun tipu lagi? Parah sangat agaknya ekonomi sekarang sampai masing-masing tak tahu nak letak berapa lama masa untuk kembali pulih?

Kalau macam ini, pulang balik sajalah negara ni kepada BN semula. Kurang-kurang BN tak tipu rakyat, apa kita cakap, semua kita buat.



Atau adakah ini semua alasan untuk menang lagi setelah segala penipuan manifesto satu-satu terbongkar? Kalau itulah sebabnya, bodoh benarlah rakyat kita ni agaknya pada pemikiran mereka ya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker