Mazlee Tidak Perlu Minta Maaf

Share


Nampaknya kenyataan Menteri Pendidikan mengenai isu kuota matrikulasi dan peluang pekerjaan mendatangkan ‘marah dan geram’ banyak pihak.

Antara yang kecewa dengan kenyataan Dr Maszlee: P Ramasamy (DAP) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia sudah celik dan kenal permainan politik Ramasamy. Sementara itu, Gerakan pula sedang mencari tapak politik baru saat mereka sedang tenggelam punca.

Suka saya ulangi, dalam hal dan perkara tertentu, saya tidak punya masalah untuk bersama kerajaan, dalam kes ini Dr. Maszlee. Tidak ada salahnya kenyataan Dr Maszlee itu jika kita ukur kepada ‘realiti sebenar’ di akar umbi.

Saya sarankan, kalangan yang buta dan tuli dengan realiti ini, melihat isu secara objektif dan bukannya kepentingan politik. Sila layari peluang kerja di laman seperti Jobstreet – dan anda akan tahu betapa pasaran kerja sudah menjadi teluk peluang yang rasis dan berat sebelah.

Kalangan sekutu politik PH yang tidak berpuas hati, wajar berfikir semula tentang kedudukan mereka di dalam PH. Individu seperti Ramasamy bukan suara kecil. Dia sebenarnya ‘suara pimpinan’ DAP di pusat yang dicetuskan oleh Ramasamy. Seperti biasa, Ramasamy menjadi ‘tukang pukul’, sementara pimpinan DAP lain senyum di kerusi empuk.

Dr. Maszlee tidak perlu takut dan meminta maaf. Teruskan bercakap benar walaupun pahit. Nyata, dendang Malaysia Baharu ini adalah agenda politik yang sarat dengan tuntutan kaum tertentu, dan bukannya gagasan yang menyantuni nasib orang Melayu dan umat Islam. -UTUSAN ONLINE



One thought on “Mazlee Tidak Perlu Minta Maaf

  • May 22, 2019 at 11:19 am
    Permalink

    Menteri bodoh sampai mak sendiri pun tak cam!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *