Restoran Mon Chinese Beef Roti jawab isu didada ‘Salib’ pekerja

“Saya akui ia adalah kesilapan pihak pengurusan kerana tidak memeriksa dengan teliti latar belakang bekas kakitangan kami itu. Dia (bekas kakitangan) sudah diberhentikan oleh pengurusan sebelum saya dapat tahu lagi mengenai isu tular dan mohon maaf sangat atas kesilapan itu.

Pengurusan Restoran Mon Chinese Beef Roti di Bukit Bintang, di sini mengakui kesilapan pihaknya kerana terlepas pandang dengan isu pemakaian rantai salib membabitkan individu yang didakwa seorang daripada kakitangannya.

Pengurus restoran itu yang dikenali Sofia, 27, mengesahkan individu berkenaan sebelum ini adalah seorang daripada kakitangannya.



Bagaimanapun, lelaki itu sudah tidak lagi bekerja di restoran selepas diberhentikan dan pihak pengurusan memohon maaf kepada mereka yang tersinggung serta berasa kurang senang selepas menonton video tular itu.

Sofia berkata, pihaknya juga berjanji akan lebih peka supaya tidak terlepas dengan pandang dengan perkara menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Jujurnya, saya tak boleh tidur lena memikirkan isu berkenaan kerana terkejut apabila dapat tahu video berkenaan tular dengan begitu cepat,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Sofia berkata, buat masa ini, restoran berkenaan masih beroperasi dengan bantuan empat pekerja dari China dan seorang warga tempatan yang semuanya Cina Muslim.



Berhubung status halal pula, Sofia berkata, perkara itu memang menjadi keutamaan pihak pengurusan kerana menyedari ramai dalam kalangan pelanggan mereka adalah Muslim.

“Sebelum buka restoran di sini lagi, kami sudah berhubung dengan ejen dilantik bagi membantu dalam menguruskan proses mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Cuma proses mendapatkan sijil halal itu mengambil masa kerana banyak dokumen diperlukan dan saya pula masih muda dalam menguruskan perniagaan tapi akan cuba sehabis baik (bagi mendapatkan sijil halal),” katanya.

Mengenai sambutan diterima pula, Sofia tidak menyangka restoran diusahakannya akan tular hingga dikunjungi ramai pelanggan setiap hari kerana baru dua bulan dibuka di negara ini.



“Di China ada 52 cawangan dan memang popular hingga pelanggan berbaris panjang di semua premis di sana.

“Di sini pula adalah cawangan pertama dan sangat baru tapi tak sangka kerana sambutannya luar biasa. Terima kasih kepada semua yang datang,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial video dimuat naik seorang pengguna TikTok mengenai pengalamannya berkunjung ke Restoran Mon Chinese Beef Roti di Bukit Bintang, di sini yang tular hingga ramai pelanggan sanggup berbaris panjang di luar premis.

Bagaimanapun, isu timbul apabila tersebar tangkap layar video berkenaan menunjukkan salah seorang kakitangan restoran memakai songkok dengan rantai salib di leher.



Ia sekali gus mengundang tanda tanya netizen yang mempersoalkan adakah restoran itu cuba mengaburi pelanggan meminta pekerja bukan Muslim memakai songkok.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin



Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker